Peranan mitos dalam masyarakat Orang Asli Kampung Peta, Endau, Mersing, Johor

Jai Kemalok, and Maryati Mohamed, (2020) Peranan mitos dalam masyarakat Orang Asli Kampung Peta, Endau, Mersing, Johor. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (1). pp. 75-82. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
325kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-1/

Abstract

Mitos merupakan satu bentuk kepercayaan dalam sesebuah masyarakat yang terbentuk daripada kisah yang lahir secara semula jadi dalam pelbagai aspek penceritaan lisan sesebuah masyarakat seperti masyarakat Orang Asli. Mitos sering dianggap sebagai tidak penting dan diketepikan dalam kehidupan masyarakat moden pada hari ini. Namun jika diteliti, mitos dalam masyarakat Orang Asli mempunyai kaitan yang tersendiri dengan sains tabii. Kajian ini mengetengahkan peranan mitos dalam masyarakat suku Orang Asli Jakun, Kampung Peta, Mersing, Johor sebagai satu warisan dan medium penting dalam kehidupan mereka yang terkait dengan sains tabii sejak turun temurun. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, yang menggunakan kajian pustaka dan kajian lapangan bagi pengumpulan data mitos melalui kaedah temu bual bersemuka. Mitos yang didokumenkan kemudiannya dibahagikan kepada lima jenis iaitu [1] flora, [2] fauna, [3] serangga, [4] orang / dewa dan [5] tempat. Secara keseluruhan, sejumlah 101 mitos telah dapat didokumenkan dalam kajian ini. Mitos berkaitan flora, fauna dan serangga merupakan adalah antara yang paling banyak didokumenkan. Kajian ini juga mendapati bahawa mitos mempunyai peranan dalam kalangan masyarakat Orang Asli sebagai medium untuk mengikat kesetiaan, menjaga keselamatan dan memberi pendidikan tidak formal dalam masyarakat. Ia juga mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan budaya bagi masyarakat Orang Asli. Justeru itu, kajian ini membuktikan bahawa mitos mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan budaya Orang Asli di Kampung Peta dan ia juga merupakan warisan yang perlu dilestarikan untuk generasi Orang Asli di masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Mitos; Orang Asli; Sains tabii; Pendidikan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:14272
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2020 01:28
Last Modified:18 Feb 2020 01:15

Repository Staff Only: item control page