Analisis teleologi penyelidikan sains berdasarkan mukadimah adikarya Al-Khawarizmi, Ibn Al-Haytham dan Al-Biruni

Mohd Syahmir Alias, (2019) Analisis teleologi penyelidikan sains berdasarkan mukadimah adikarya Al-Khawarizmi, Ibn Al-Haytham dan Al-Biruni. Jurnal Hadhari, 11 (2). pp. 179-194. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
501kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1239

Abstract

Tauhid dalam pandangan alam Islam merupakan tunjang bagi segala perkara yang dilakukan oleh seorang Muslim. Perkara ini dengan jelas disampaikan melalui al- Quran dan hadis Rasulullah SAW. Oleh itu, makalah ini berhujah bahawa saintis Muslim silam mempunyai keimanan yang mendalam dan meletakkan matlamat akhir bahawa semua ilmu adalah milik Allah SWT. Dalam falsafah, kajian yang menjurus kepada matlamat akhir ini diistilahkan sebagai teleologi. Bagi mengembalikan semula sains yang bertunjangkan tauhid, makalah ini cuba meneliti pemikiran beberapa orang saintis Muslim silam bagi menyingkap matlamat penyelidikan sains melalui penulisan mereka. Sampel data yang dikutip hanyalah dihadkan kepada mukadimah atau prakata adikarya, manakala adikarya saintis Muslim silam yang dimaksudkan ditumpukan kepada karya al-Khawarizmi, Ibn al-Haytham dan al-Biruni. Hasil daripada analisis kandungan yang dilakukan, didapati keinginan mereka untuk memperoleh kebenaran dan keberkatan dalam penyelidikan menjadi asas yang menghubungkan kajian mereka dengan kefahaman teleologi sains dalam Islam.

Item Type:Article
Keywords:Teleologi Islam; Matlamat ilmu; Adikarya; al-Khawarizmi; Ibn al-Haytham; al-Biruni
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:14274
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2020 02:01
Last Modified:18 Feb 2020 01:18

Repository Staff Only: item control page