Ulasan komprehensif terhadap prinsip, matlamat dan pelaksanaan konsep Pendidikan Sains secara Tauhidik dalam program Bioda’i

Zainun Mustafa, and Nooraida Yakob, and Zolkofli Awang, (2019) Ulasan komprehensif terhadap prinsip, matlamat dan pelaksanaan konsep Pendidikan Sains secara Tauhidik dalam program Bioda’i. Jurnal Hadhari, 11 (2). pp. 195-211. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
466kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1239

Abstract

Program Bioda’i telah dibangunkan untuk mengorientasikan pendidikan Biologi di sekolah menengah bagi mendidik akhlak dan akal murid. Program ini merupakan inovasi dan inisiatif 16 orang guru mata pelajaran Biologi untuk membangunkan sebuah program bagi membuka ruangan perbincangan merentas disiplin Sains khususnya Biologi dengan agama Islam dalam bilik darjah. Ia telah disasarkan kepada murid yang beragama Islam dan mengikuti aliran sains tulen. Makalah ini menganalisis prinsip, matlamat dan pelaksanaan program tersebut. Selain itu, program ini dibandingkan juga dengan konsep Pendidikan Sains Tauhidik. Melalui analisis yang dilakukan, program ini didapati menepati acuan Pendidikan Sains Tauhidik secara prinsip namun telah diadaptasikan mengikut keperluan mata pelajaran, latar belakang murid dan kapasiti guru mata pelajaran Biologi.

Item Type:Article
Keywords:Program bioda’I; Sains tauhidik; Pendidikan Biologi; Integrasi sains-Islam
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:14275
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2020 02:47
Last Modified:18 Feb 2020 01:19

Repository Staff Only: item control page