Sifat malu dalam kerangka akhlak Melayu

Zarina Muhamad, and Akmaliza Abdullah, and Ratna Roshida Ab Razak, (2019) Sifat malu dalam kerangka akhlak Melayu. Jurnal Hadhari, 11 (2). pp. 231-244. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
455kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1239

Abstract

Sifat malu membawa dua makna iaitu sama ada baik (positif) atau pun buruk (negatif). Sisi negatif sifat malu sering dianggap sebagai antara faktor penyebab masyarakat khususnya Melayu bersikap pasif, pendiam, rendah diri, tidak asertif dan tiada keberanian diri. Manakala sifat malu yang baik (positif) adalah berkaitan dengan tingkah laku yang bersopan sehinggalah membawa kepada memelihara martabat kemanusiaan dan kehormatan bangsa. Justeru itu, tujuan makalah ini adalah untuk mengupas bagaimana sifat malu menzahirkan akhlak serta budi pekerti yang baik dan mulia dalam pandangan alam Melayu serta kedudukan malu sebagai kerangka akhlak masyarakat Melayu. Kaedah kajian yang digunakan adalah pendekatan analisis kandungan serta penelitian kepustakaan terhadap beberapa karya tokoh Melayu sama ada berbentuk prosa, puisi, kiasan, pantun, hikayat serta cerita Melayu. Hasil kajian mendapati penzahiran sifat malu dalam jiwa dan tindakan dalam pandangan alam Melayu berkait rapat dan bersepadu dengan konsep-konsep penting yang terpancar dalam kata kunci akal, ilmu, hati (qalb), agama, adab, bahasa dan jahat. Kajian juga mendapati sifat malu dalam masyarakat Melayu turut mempunyai kedudukan sebagai mekanisme pembendung diri daripada melakukan tingkah laku yang tidak baik, sebagai kesantunan dan lambang kehidupan bermoral serta sebagai maruah dan kehormatan diri dan bangsa.

Item Type:Article
Keywords:Malu; Akhlak; Akal; Ilmu; Melayu
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:14277
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2020 03:02
Last Modified:18 Feb 2020 01:20

Repository Staff Only: item control page