Indra Fauzan, and Nidzam Sulaiman, (2019) Transisi kepimpinan dalam Islam: analisis terhadap cara pemilihan Khulafa’ Al-Rasyidin. Jurnal Hadhari, 11 (2). pp. 245-265. ISSN 1985-6830
|
PDF
500kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1239
Abstract
Kepimpinan merupakan satu kemestian dalam pemerintahan Islam, kerana kehadiran kepimpinan merupakan perintah agama terutamanya dalam konteks kekuasaan sama ada kekuasaan politik ataupun dibawahnya. Proses transisi kepimpinan dan kekuasaan dalam politik moden merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia menunjukkan ciri sistem politik sesebuah negara, sama ada berada dalam sistem berdemokrasi, monarki, sosialis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Islam sebagai sebuah agama yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan secara khusus tidak memberikan satu pola khas dalam peralihan kepimpinan dan kekuasaan ini. Dalam kes kepimpinan masa Khulafa’ al-Rasyidin terlihat bahawa terdapat pelbagai mekanisma pemilihan pemimpin pengganti Rasulullah. Terpilihnya Abu Bakar, Umar Ibn Khattab, Uthman Ibn Affan dan Ali Ibn Abi Thalib adalah melalui mekanisme pemilihan yang berbeza satu sama lain sama ada ia dipilih melalui musyawarah, dipilih atau ditunjuk secara langsung. Model kepimpinan ini menunjukkan bahawa Islam memberi kebebasan dalam hal kepimpinan kepada mereka yang memiliki ciri-ciri yang diperlukan terutamanya dalam hal keimanan. Bukan sebarang tokoh boleh memilih pemimpin dan tidak semua individu boleh menjadi pemimpin kecuali mereka memiliki elemen ketokohan yang baik seperti keimanan, adil, cergas dan sebagainya. Makalah ini menerokai bagaimana peralihan kepimpinan dan kekuasaan dalam masa khulafa’ al-Rasyidin tersebut dan akan dibincang melalui analisa pemilihan dalam sistem politik. Kaedah kepustakaan merupakan kaedah yang diguna pakai untuk menerokai mekanisme pemilihan khalifah melalui pengutipan dokumen. Secara keseluruhan makalah ini diharap memberi satu sumbangan pemikiran yang signifikan terhadap konsep kepimpinan dan kekuasaan dalam politik Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kepimpinan; Legitimasi; Penggantian politik; Khulafa’ al-Rasyidin; Politik Islam |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 14278 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Feb 2020 03:13 |
Last Modified: | 18 Feb 2020 01:21 |
Repository Staff Only: item control page