Pendekatan dakwah targhib dan tarhib dalam membina adab remaja

Nor Azizah Mustapha, and Fariza Md Sham, and Ahmad Irdha Mokhtar, (2019) Pendekatan dakwah targhib dan tarhib dalam membina adab remaja. Jurnal Hadhari, 11 (2). pp. 267-289. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
601kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1239

Abstract

Perubahan sosiobudaya masyarakat mempengaruhi gaya hidup remaja, seterusnya memberi kesan kepada adab dan tingkah laku remaja. Remaja menghadapi pelbagai masalah yang melibatkan pelanggaran syariat Islam antaranya gejala sosial dan isu akidah. Masalah ini boleh memberi kesan dalam membentuk tamadun sekiranya pengamalan agama dari segi akidah, ibadah dan akhlak tidak difokuskan. Peranan remaja sebagai agen untuk membentuk peradaban perlu dipertingkatkan kerana mereka pemimpin masa depan. Oleh itu, makalah ini mengkaji pendekatan dakwah targhīb dan tarhīb dan keberkesanannya untuk mengubah remaja yang beradab dan memantapkan akidah remaja. Makalah ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis kandungan daripada sumber data kajian iaitu daripada al-Quran, buku karangan sarjana Islam, jurnal, laporan, kertas seminar dan juga kajian dalam tesis. Makalah ini memfokuskan kepada pendekatan dakwah targhīb dan tarhīb dalam membina peradaban remaja dalam tiga elemen iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Akidah yang tidak kukuh memberi kesan kepada tingkah laku, akhlak, psikologi dan kepercayaan remaja. Secara keseluruhannya, didapati tiga elemen asas untuk menjadikan remaja yang mempunyai peradaban yang mantap ialah akidah, ibadah dan akhlak. Pemantapan elemen ini penting kerana remaja merupakan agen perubahan masyarakat, pemimpin masa depan yang akan menerajui peradaban dan agen membentuk peradaban. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pendekatan targhīb dan tarhīb konsep yang bersesuaian dengan jiwa remaja dalam membentuk satu tamadun dan membina peradaban remaja yang mengamalkan ajaran Islam.

Item Type:Article
Keywords:Peradaban; Remaja; Dakwah; Targhīb dan tarhīb
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:14279
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2020 03:22
Last Modified:18 Feb 2020 01:21

Repository Staff Only: item control page