Suresh Narayanen, (2019) Tembikar Dusun Minokok di Kampung Kotodon, Tongod, Sabah: rekod etnografi awal. Jurnal Arkeologi Malaysia, 32 (1). pp. 21-31. ISSN 0128-0732
|
PDF
1MB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...
Abstract
Makalah ini membincangkan hasil kajian etnografi tentang pembuatan tembikar Dusun di Kampung Kotodon, Tongod, Sabah. Kajian ini telah dijalankan oleh penulis dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang bersama Jabatan Muzium Sabah, Kota Kinabalu pada tahun 2012. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan data dan maklumat tentang tembikar yang dibuat oleh etnik Dusun Minokok secara turun-temurun di kawasan Ulu Tongod, Sabah. Tiga kaedah telah digunakan dalam kajian ini iaitu survei etnografi, temu bual dan pemerhatian bersama. Hasil kajian tersebut telah memberikan informasi baharu tentang teknologi, jenis dan fungsi tembikar tradisional Dusun Minokok di Kampung Kotodon. Selain itu, kajian ini telah menyumbang maklumat tentang asal-usul dan sejarah pembuatan tembikar Dusun yang mempunyai hubungan budaya dengan komuniti pembuat tembikar di Kampung Donggison, Ulu Tongod sekitar 1930an.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Etnografi; Tembikar tradisional; Dusun Minokok; Ulu Tongod; Sabah |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 14282 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Feb 2020 04:05 |
Last Modified: | 18 Feb 2020 01:25 |
Repository Staff Only: item control page