Tembikar dapur masak tradisional di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu: isu, persoalan dan cadangan

Suresh Narayanen, (2019) Tembikar dapur masak tradisional di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu: isu, persoalan dan cadangan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 32 (2). pp. 1-12. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
757kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang hasil kajian dokumentasi yang dijalankan terhadap tembikar tradisional dalam koleksi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Antara jenis tembikar yang direkodkan adalah belanga, bekas bara, periuk kukusan, buyung, geluk dan gunut beras - kesemuanya berasal dari Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan. Salah satu tembikar unik yang terdapat dalam koleksi muzium ini adalah tembikar dapur masak tradisional. Daripada segi corak, tembikar ini mempunyai persamaan dengan tembikar yang dibuat di Kampung Mambong. Walau bagaimanapun, berdasarkan rekod muzium dan hasil temu bual penulis bersama staf muzium didapati bahawa tembikar dapur masak tersebut bukan hasil buatan dari Kampung Mambong. Perkara ini telah melahirkan beberapa isu dan persoalan tentang asal-usul tembikar dapur masak di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Selain perbincangan tentang hasil dokumentasi tembikar tradisional, makalah ini akan mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh pengkaji pada masa hadapan untuk mengenal pasti asal-usul tembikar dapur masak tradisional di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan hubungannya dengan tradisi tembikar di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan.

Item Type:Article
Keywords:Dapur masak tradisional; Asal-usul; Perbadanan Muzium Negeri Kelantan; Kampung Mambong
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:14287
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2020 01:01
Last Modified:21 Feb 2020 01:40

Repository Staff Only: item control page