Prestasi pemangkin Pt/rGO menggunakan teknik susunan berlapis untuk elektrod lawan bagi sel suria terpeka pewarna

Aisyah Bolhan, and Norasikin Ahmad Ludin, and Najah Syahirah Mohd Nor, and Mohd Adib Ibrahim, and Suhaila Sepeai, and Mohd Asri Mat Teridi, and Kamaruzzaman Sopian, and Azami Zaharim, (2019) Prestasi pemangkin Pt/rGO menggunakan teknik susunan berlapis untuk elektrod lawan bagi sel suria terpeka pewarna. Jurnal Kejuruteraan, 31 (1). pp. 115-122. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
4MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-311-2019/

Abstract

Filem nipis elektrod lawan platinum (Pt) dan grafin oksida terturun (rGO) dengan teknik susunan berlapis dihasilkan dengan menggunakan kaedah “doctor blade”. Lapisan pertama dengan perlekatan secara langsung pada substrat kaca yang bersalut timah oksida terdop fluorin (FTO) adalah filem nipis grafin dan lapisan kedua di atas lapisan grafin adalah filem nipis Pt. Ujikaji dengan menggunakan pembelauan sinar-X (XRD) dan spektroskopi daya atom (AFM) masing-masing telah dijalankan ke atas filem-filem nipis untuk menentukan pembentukan struktur hablur dan kekasaran permukaan filem nipis. Saiz hablur ditentukan dari data XRD dan menunjukkan bahawa filem nipis Pt/rGO-10 mempunyai saiz hablur yang bersesuaian untuk aktiviti pemangkin yang lebih baik. Bagi analisis kekasaran permukaan dari imej AFM, filem-filem nipis Pt dan Pt/rGO mempamerkan permukaan yang lebih kasar berbanding filem nipis rGO. Filem-filem nipis tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM) untuk memerhatikan perlekatan filem nipis Pt dan rGO ke atas substrat kaca FTO dalam imej berskala nano. Aktiviti pemangkin setiap filem nipis diukur menggunakan kitaran voltammetri (CV). Elektrod lawan Pt/rGO yang mengandungi 10μl cecair grafin oksida disimbolkan sebagai Pt/rGO-10 mempunyai aktiviti pemangkin yang lebih tinggi berbanding Pt. Filem nipis Pt/rGO-10 mencatatkan ketumpatan arus tertinggi pada -3.075 mA/cm-2 yang menunjukkan aktiviti pemangkin yang tertinggi pada elektrod lawan. Maka, filem nipis elektrod lawan Pt/rGO dianggap setanding dengan bahan konvensional elektrod lawan iaitu Pt. Oleh itu, elektrod lawan Pt/rGO-10 dijangka dapat meningkatkan prestasi sel suria terpeka pewarna.

Item Type:Article
Keywords:Elektrod lawan; Sel suria terpeka pewarna (Dssc ); Grafin; Susunan berlapis
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:14306
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2020 07:45
Last Modified:26 Feb 2020 06:27

Repository Staff Only: item control page