Penilaian kitaran hayat sel suria terpeka pewarna di Malaysia

Nur Ifthitah Mustafa, and Norasikin Ahmad Ludin, and Mohd Adib Ibrahim, and Azami Zaharim, and Norani Muti Mohamed, (2019) Penilaian kitaran hayat sel suria terpeka pewarna di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, 31 (1). pp. 161-168. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-311-2019/

Abstract

Tenaga suria adalah sumber alam yang paling banyak di bumi yang mudah dieksploitasi, bersih, tahan lama dan stabil yang menjadikannya sesuai untuk menghasilkan tenaga elektrik berbanding dengan sumber tenaga yang lain. Walau bagaimanapun, teknologi konvensional suria fotovolta (PV) seperti silikon dan sel suria filem nipis boleh memberikan kesan alam sekitar ke atas kitaran hayat mereka yang disebabkan oleh proses pengeluaran yang rumit. Ini menyebabkan ramai saintis mengkaji sel-sel suria yang baru termasuklah sel suria terpeka pewarna (DSSC). Oleh itu, objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji penilaian impak alam sekitar secara komprehensif mengenai teknologi ini di Malaysia melalui penilaian kitaran hidup (LCA) bermula dari buaian hingga pagar (cradle-to-gate). Dua petunjuk alam sekitar telah digunakan dalam kajian ini iaitu kumulatif keperluan tenaga (CED) yang memberi kesan kepada masa bayaran balik tenaga (EPBT), dan pelepasan gas rumah hijau (GHG). Hasilnya menunjukkan bahawa DSSC mempunyai EPBT iaitu 3.49 tahun, CED yang berjumlah 1190.29 MJ/m2 dan GHG sebanyak 262.38 gCO2eq/kWh yang lebih tinggi berbanding penyelidik yang lain. Penggunaan tenaga yang tinggi semasa proses fabrikasi modul dan pemasangan panel, kecekapan penukaran (ŋ) yang rendah, dan purata penyinaran suria (IR) yang rendah serta penggunaan substrat kaca FTO adalah beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada keputusan ini.

Item Type:Article
Keywords:Kumulatif keperluan tenaga (CED); Masa bayaran balik tenaga (EPBT); Penilaian kitaran hayat (LCA); Pelepasan Gas rumah hijau (GHG); Sel suria terpeka pewarna (DSSC)
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:14312
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2020 00:54
Last Modified:26 Feb 2020 06:18

Repository Staff Only: item control page