Lakuan bahasa kritikan dalam forum wacana Sinar Harian

Abd Ganing Laengkang, and Ab Razak Ab Karim, and Riduan Makhtar, (2019) Lakuan bahasa kritikan dalam forum wacana Sinar Harian. Jurnal Melayu, 18 (2). pp. 147-163. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
498kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1223

Abstract

Kajian ini menganalisis lakuan bahasa kritikan dalam forum Siri Wacana Sinar Harian yang dianjurkan oleh Karangkraf Sdn Bhd. Sebanyak tiga rakaman forum dipilih sebagai bahan kajian. Kerangka teoretis yang digunakan bermula dengan konsep ilokusi yang diperkenalkan oleh Austin 1962. Kajian ini mengembangkan lagi konsep ilokusi tersebut dengan menambah satu kategori lakuan bahasa yang baharu, iaitu lakuan bahasa kritikan. Kategori lakuan ini dipecahkan kepada lima kategori lakuan, iaitu lakuan kritikan langsung, lakuan kritikan umum, lakuan bidasan langsung, lakuan penafian, dan lakuan persoalan retorik. Kajian mendapati bahawa jumlah kekerapan penggunaan lakuan bahasa adalah sebanyak 656 kali. Lakuan kritikan langsung mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 223 kali, dan tempat kedua ialah lakuan kritikan umum dengan jumlah kekerapan sebanyak 222 kali. Lakuan persoalan retorik berada di tempat ketiga dengan jumlah kekerapan sebanyak 126. Lakuan penafian pula mencatatkan kekerapan sebanyak 50 kali, kemudian diikuti oleh lakuan bidasan langsung dengan kekerapan 35 kali. Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan ahli forum dalam Wacana Sinar Harian melakukan dua lakuan kritikan yang dominan, iaitu lakuan kritikan langsung dan kritikan umum. Dari sudut kesantunan, kajian ini menyimpulkan bahawa kritikan langsung dan kritikan umum masih dalam kerangka Islam kerana tidak ada kata-kata kesat dan kata-kata penghinaan terhadap seseorang.

Item Type:Article
Keywords:Lakuan bahasa; Kritikan; Kesantunan; Forum; Sinar Harian
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14319
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Feb 2020 03:46
Last Modified:27 Feb 2020 04:06

Repository Staff Only: item control page