Wacana identiti Melayu dalam animasi Upin & Ipin : episod Dugaan dan Nikmat

Muhamad Syahman Mahdi, and Yusmilayati Yunos, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2019) Wacana identiti Melayu dalam animasi Upin & Ipin : episod Dugaan dan Nikmat. Jurnal Melayu, 18 (2). pp. 164-178. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
490kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1223

Abstract

Kajian ini membincangkan identiti Melayu menerusi siri animasi Upin & Ipin dalam episod Dugaan dan Nikmat. Kajian yang dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan serta kelebihan siri animasi Upin & Ipin yang mampu menyumbang kepada penghasilan suatu konsep identiti Melayu dalam cerita animasi tempatan. Borang soal-selidik diedarkan kepada 20 orang responden yang terdiri daripada pelajar Sijil Animasi 2D, Kolej Komuniti Segamat. Soal selidik ini mengandungi maklumat berkaitan tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan mereka tentang identiti Melayu. Siri animasi ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan ciri-ciri identiti Melayu. Ciri-ciri tersebut dilihat dari aspek pertuturan, amalan harian dan daerah tempat tinggal. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga ciri ini saling berkaitan antara satu sama lain bagi membentuk sebuah cerita yang beridentitikan Melayu. Nilai budaya Melayu ini terdapat dalam siri-siri animasi Upin & Ipin kerana menerusi siri animasi tempatan ini Malaysia mampu untuk memperkenalkan keunikan dan identiti negara. Kejayaan mengadunkan ketiga-tiga ciri tersebut menghasilkan sebuah siri animasi yang baik dan mempunyai elemen identiti Melayu. Kajian ini diharapkan dapat menjadi titik awal terhadap pembentukan model identiti Melayu dalam penerbitan siri animasi Melayu di Malaysia dan menambahkan lagi khazanah mengenai wacana identiti Melayu menerusi siri animasi tempatan.

Item Type:Article
Keywords:Animasi; Ciri; Identiti Melayu; Upin & Ipin; Wacana
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14320
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Feb 2020 03:53
Last Modified:27 Feb 2020 04:07

Repository Staff Only: item control page