Toleransi orang Melayu mengharmonikan pemajmukan kaum di Malaysia

Ayu Nor Azilah Mohamad, and Mohamed Ali Haniffa, and Wayu Nor Asikin Mohamad, (2019) Toleransi orang Melayu mengharmonikan pemajmukan kaum di Malaysia. Jurnal Melayu, 18 (2). pp. 193-206. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
474kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1223

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang sifat toleransi orang Melayu yang mengharmonikan pemajmukan dalam pembinaan tamadun Melayu di Malaysia. Objektif kajian ialah untuk melihat beberapa perkara yang menyerlahkan sifat toleransi orang Melayu dalam memberi, menerima dan berkongsi tanah air dengan masyarakat lain khususnya bersama orang Cina serta orang India. Antara perkara yang difokuskan dalam pembinaan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia ialah berkaitan dengan tuntutan politik dan parti Perikatan, pengiktirafan taraf kewarganegaraan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kupasan tentang perkara ini akan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan pendekatan sejarah. Hasil kajian mendapati bahawa toleransi orang Melayu berjaya mewujudkan masyarakat majmuk, mengharmonikan hubungan antara pelbagai etnik dan mensejahterakan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Sejarah ini penting untuk diketahui dan dihargai oleh warganegara demi merancakkan pembangunan ekonomi serta menstabilkan politik Malaysia hari ini dan akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Sifat; Toleransi; Melayu; Harmoni; Malaysia
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14323
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Feb 2020 06:10
Last Modified:27 Feb 2020 04:08

Repository Staff Only: item control page