Tahap pengetahuan guru Melayu dalam pengajaran tatabahasa bahasa Arab

Awatif Abdul Rahman, and Mohd Shafie Zulkifli, and Muhammad Hashimee, and Naqibah Mansor, (2019) Tahap pengetahuan guru Melayu dalam pengajaran tatabahasa bahasa Arab. Jurnal Melayu, 18 (2). pp. 231-243. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
645kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1223

Abstract

Kompetensi boleh ditakrifkan sebagai kemahiran generik, kemahiran asas, kemahiran utama, dan kemahiran personal yang merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran serta sikap yang menjadi asas kepada tugasan atau prestasi kerja yang dipertanggungjawabkan merentasi semua bidang. Dalam senario pendidikan Malaysia, gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru, iaitu berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM). Dalam konteks guru bahasa Arab, kompetensi yang paling penting adalah penguasaan bahasa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah menilai tahap pengetahuan guru melayu dalam aspek sintaksis Bahasa Arab, dan mengenalpasti tajuk sintaksis yang menjadi kesukaran dalam kalangan guru bahasa Arab di SABK di Malaysia. Kajian ini melibatkan 218 guru melayu yang mengajar subjek bahasa Arab di SABK meliputi empat zon iaitu zon Utara, Timur, Selatan dan Tengah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen satu set soalan ujian kompetensi guru bahasa Arab yang diadaptasi dan dibangunkan berdasarkan kriteria guru bahasa Arab yang telah dikeluarkan dan diguna pakai oleh National Center for Assessment in Higher Education, Saudi Arabia. Instrumen kajian ini telah melalui proses kesahan pakar dan telah dirintis sebelum digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh daripada soalan ujian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 25. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru melayu dalam pengajaran sintaksis bahasa Arab di SABK berada pada tahap baik dengan min peratus 82% manakala tajuk sintaksis yang menjadi kesukaran kepada para responden adalah tajuk المنصوبات . Beberapa cadangan dikemukakan di akhir kajian bagi tujuan penambahbaikan dan pemantapan tahap pengetahuan guru melayu dalam pengajaran sintaksis bahasa Arab di SABK sebagai pelaksana Kurikulum Bersepadu Dini.

Item Type:Article
Keywords:Tahap pengetahuan; Guru; Pengajaran; Sintaksis; Bahasa Arab
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14326
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Feb 2020 06:28
Last Modified:27 Feb 2020 04:10

Repository Staff Only: item control page