Pengikisan amalan adat perkahwinan masyarakat Bugis: kajian kes di Kampung Permatang Duku, Pontian, Johor

Zurina Abdullah, and Muhammad Abdul Jalal Abdullah, (2019) Pengikisan amalan adat perkahwinan masyarakat Bugis: kajian kes di Kampung Permatang Duku, Pontian, Johor. Jurnal Melayu, 18 (2). pp. 268-280. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
494kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1223

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis dan mengkaji faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di Kampung Permatang Duku, Pontian, Johor. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah rujukan, temu bual dan soal selidik. Sebanyak 27 set borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada responden dan tiga lagi data diperolehi daripada temu bual. Sebanyak sepuluh soalan ditanya bagi mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis. Enam daripada jawapan memberikan jawapan Tidak Pasti pada jumlah tertinggi. Bagi mengetahui faktor-faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di kampung ini, sebanyak sepuluh soalan juga telah dikemukakan. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat Bugis di kampung tersebut mengetahui dan pernah mengamalkan adat perkahwinan tersebut. Namun begitu, adat ini kian dilupakan disebabkan faktor masa, kewangan dan asimilasi budaya. Kesimpulannya, masyarakat Bugis perlulah mengekalkan keunikan budaya ini kerana ia merupakan identiti bagi sesebuah kaum.

Item Type:Article
Keywords:Adat perkahwinan; Faktor; Masyarakat Bugis; Kualitatif; Identiti kaum
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14329
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Feb 2020 06:49
Last Modified:27 Feb 2020 04:12

Repository Staff Only: item control page