Sumbangan Tok Guru Haji Abbas dalam penubuhan sekolah kluster kecemerlangan

Siti Zaleha Ibrahim, and Phayilah Yama, and Mohd Faisal Mohamed, (2019) Sumbangan Tok Guru Haji Abbas dalam penubuhan sekolah kluster kecemerlangan. Jurnal Melayu, 18 (2). pp. 281-292. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
769kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1223

Abstract

Penulisan ini mengkaji latar belakang tokoh ulama Melayu yang bernama Tok Guru Haji Abbas. Beliau merupakan perintis salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Terengganu. Beliau telah menubuhkan Pondok Tok Jiring pada tahun 1953 dan kini pondok tersebut telah dinaiktaraf menjadi salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan terkenal di negeri Terenggganu. Sekolah yang dimaksudkan ialah SMKA Dato’ Haji Abbas. Kajian ini membincangkan sumbangan tokoh dalam bidang pendidikan. Kajian menggunakan satu metode yang utama iaitu kajian kepustakaan bagi mendapatkan latar belakang tokoh, pendidikan beliau dan sumbangannya dalam bidang pendidikan di Terengganu. Selain itu, kajian turut mengenalpasti mereka yang pernah berguru dengan tokoh. Hasil kajian mendapati bahawa Tok Guru Haji Abbas bukan sahaja perintis kepada Pondok Tok Jiring malahan turut mengasaskan beberapa tempat belajar di Terengganu dan Kelantan di samping menghasilkan beberapa karya ilmiah.

Item Type:Article
Keywords:Melayu; Perintis; SMKA Dato’ Haji Abbas; Terengganu; Tok Guru Haji Abbas
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14330
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Feb 2020 06:54
Last Modified:27 Feb 2020 04:12

Repository Staff Only: item control page