Pengkulturan dan pencirian penanda molekul sel stem manusia daripada pulpa gigi susu (SHED) dan gigi kekal (DPSC)

Shahrul Hisham Zainal Ariffin, and Thanaletchumi Manogaran, and Intan Zarina Zainol Abidin, and Zaidah Zainal Ariffin, and Rohaya Megat Abdul Wahab, (2019) Pengkulturan dan pencirian penanda molekul sel stem manusia daripada pulpa gigi susu (SHED) dan gigi kekal (DPSC). Sains Malaysiana, 48 (9). pp. 1855-1865. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil9_2...

Abstract

Sel stem pulpa gigi manusia yang dipencilkan daripada tisu pulpa gigi merupakan sel stem dewasa bersifat multipoten. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti teknik pengkulturan in vitro sel stem pulpa gigi susu (SHED) dan gigi kekal (DPSC) melalui penentuan pasaj, kesan eraman tripsin-EDTA dan potensi proliferasi serta untuk mencirikan kedua-dua sel ini melalui profil penanda molekul. Kaedah pencernaan enzim digunakan pada tisu pulpa gigi susu dan gigi kekal masing-masing untuk pemencilan sel SHED dan DPSC. Kedua-dua sel dikulturkan daripada pasaj 1 hingga 5 dan pewarnaan tripan biru digunakan untuk memperoleh lengkuk pertumbuhan bagi menentukan masa penggandaan populasi sel (PDT) pada setiap pasaj. Kesan tripsin-EDTA terhadap kedua-dua sel dikaji menggunakan pewarnaan Alamar biru untuk menentukan masa eraman yang optimum semasa proses pengsubkulturan. Potensi proliferasi in vitro bagi kedua-dua sel selama 21 hari ditentukan melalui asai 3-(4,5-dimetiltiazol-2-il)-2,5-difeniltetrazolium bromida (MTT). Pencirian kedua-dua sel melalui pengekspresan penanda biologi molekul ditentukan melalui pendekatan RT-PCR. Morfologi kedua-dua sel didapati menyerupai sel fibroblas pada kesemua pasaj. Sel SHED dan DPSC pada pasaj 3 menunjukkan PDT terendah iaitu masing-masing 43 ± 2.3 dan 63 ± 3.1 jam. Pendedahan SHED terhadap tripsin-EDTA menunjukkan penurunan peratus sel viabel berbanding DPSC. Pertumbuhan sel SHED didapati ~2.3 kali ganda lebih tinggi berbanding DPSC. Pencirian molekul kedua-dua sel menunjukkan pengekspresan penanda sel stem mesekima dan bukannya penanda sel stem hematopoietik. Kesimpulannya, morfologi sel yang homogenus dan nilai PDT terendah yang ditunjukkan oleh sel daripada pasaj 3 menjadikannya pasaj terbaik untuk menentukan potensi proliferasi sel dan pengekpresan penanda molekul. SHED didapati mampu berproliferasi dengan lebih baik berbanding DPSC. Walau bagaimanapun, DPSC lebih rentan terhadap tripsin-EDTA berbanding SHED. Pencirian molekul pula mendapati kedua-dua sel merupakan sel stem jenis mesenkima.

Item Type:Article
Keywords:Kesan tripsin-EDTA; Masa penggandaan sel; Potensi proliferasi; Profil penanda biologi molekul; Sel stem pulpa gigi manusia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:14339
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Mar 2020 04:17
Last Modified:03 Mar 2020 07:57

Repository Staff Only: item control page