Penghasilan zarah nano ferum oksida (FeNPs) daripada garam ferosenium menggunakan hidrogel poli-akril amida (P(Am) sebagai templat

Mellissa Andarini, and Maryam Mokhtarom, and Bohari M. Yamin, and M. Cairul Iqbal M. Amin, and Azwan Mat Lazim, (2019) Penghasilan zarah nano ferum oksida (FeNPs) daripada garam ferosenium menggunakan hidrogel poli-akril amida (P(Am) sebagai templat. Sains Malaysiana, 48 (9). pp. 1913-1918. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil9_2...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan mengkaji potensi hidrogel sebagai templat nanoreaktor bagi menghasilkan zarah nano ferum oksida (FeNps). Hidrogel Poli-AkrilAmida (PAAm) telah dihasilkan dengan menggunakan kaedah pempolimeran radikal bebas. Keupayaan penyerapan air dalam hidrogel telah diuji dan nisbah pembengkakan tertinggi telah berlaku pada larutan penimbal pH10. Hidrogel yang terhasil telah dicirikan dengan menggunakan pengimbas mikroskop elektron (SEM) diikuti dengan spektroskopi serakan tenaga X-ray (SEM-EDEX) untuk menentukan jumlah peratusan ferum (Fe). Selepas proses pengkalsinan, zarah nano diekstrak daripada hidrogel PAAm dan seterusnya dianalisis menggunakan mikroskop transmisi elektron (TEM) dan analisis pembelauan sinar-X (XRD). Hasil TEM telah menunjukkan bahawa saiz zarah yang dihasilkan adalah antara 5 - 20 nm. Analisis XRD pula mengesahkan kehadiran zarah ferum oksida (Fe2O3). Keputusan ini menunjukkan bahawa hidrogel berpotensi digunakan sebagai nanoreaktor bagi menghasilkan zarah nano.

Item Type:Article
Keywords:Ferosenium; Hidrogel poli-akril amida (PAAm); Nanoreaktor; Pengkalsinan; Zarah nano ferum oksida (FeNps)
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:14345
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Mar 2020 07:07
Last Modified:03 Mar 2020 08:00

Repository Staff Only: item control page