Analisis faktor pengesahan bagi instrumen pengetahuan guru matematik sekolah rendah dalam pentaksiran berasaskan sekolah

Wong, Li Li and Kamisah Osman, and Siti Mistima Maat, (2018) Analisis faktor pengesahan bagi instrumen pengetahuan guru matematik sekolah rendah dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1(SI)). pp. 11-20. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141

Abstract

Kajian ini bertujuan mengesahkan instrumen pengetahuan guru dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi tiga dimensi iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Formatif dan Tahap Penguasaan menggunakan analisis faktor pengesahan (CFA). Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan silang yang melibatkan seramai 394 guru matematik sekolah rendah yang dipilih melalui pensampelan rawak berstrata dari Semenanjung Malaysia. Instrumen kajian merupakan soal selidik dengan skala Likert lima poin yang diadaptasi daripada beberapa kajian lepas. Model pengukuran yang dihipotesiskan diuji menggunakan perisian IBM SPSS AMOS versi 23.0. Tiga item dengan muatan faktor yang rendah digugurkan. Dapatan menunjukkan bahawa model pengukuran akhir mempunyai kesepadanan dengan data yang diperoleh. Model pengukuran juga melepasi ujian kebolehpercayaan serta kesahan konstruk, kesahan menumpu dan kesahan diskriminan. Kesimpulannya, model pengukuran yang dibangunkan mampu mengukur pengetahuan guru matematik sekolah rendah dalam PBS dan berupaya menyelami kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pentaksiran formatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini telah memberi implikasi terhadap kepentingan pengetahuan guru dalam pentaksiran yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.

Item Type:Article
Keywords:Model pengukuran; Pentaksiran berasaskan sekolah; Pentaksiran sekolah; Pentaksiran formatif; Tahap penguasaan; Analisis faktor pengesahan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:14374
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2020 01:38
Last Modified:05 Mar 2020 09:38

Repository Staff Only: item control page