Cabaran aplikasi modul terapi Filial dalam kalangan ibu bagi menangani isu tingkah laku kanak-kanak

Nadziroh Md Zubir, and Ku Suhaila Ku Johari, and Zuria Mahmud, and Nor Hamizah Ab Razak, and Sabihah Johan, (2018) Cabaran aplikasi modul terapi Filial dalam kalangan ibu bagi menangani isu tingkah laku kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1(SI)). pp. 21-30. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141

Abstract

Terapi Filial merupakan satu pendekatan melatih ibu bapa bermain secara terapeutik bersama anak mereka iaitu anak fokus. Tujuan kajian ini adalah meneroka cabaran peserta melaksanakan Terapi Filial sebagai intervensi kaunseling bagi menangani isu tingkah laku. Peserta kajian terdiri daripada lima orang ibu yang mempunyai anak bermasalah tingkah laku. Peserta dipilih berdasarkan tiga kritieria utama iaitu berminat menyertai dan menjalankan sesi bermain, fasih menulis serta bertutur dalam bahasa Melayu dan mempunyai anak mempunyai salah satu isu iaitu tingkah laku. Kajian ini menggunakan teknik snowball dalam pemilihan sampel. Dalam intervensi ini peserta menjalankan lima kali sesi bermain bersama anak fokus dengan menggunakan kemahiran asas Terapi Bermain Pemusatan Kanak-Kanak. Data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen bagi memastikan triangulasi dicapai. Data dianalisis secara bertema menggunakan perisian N-vivo. Hasil dapatan kajian mendapati antara cabaran yang dihadapi oleh peserta adalah kesukaran mengikuti peraturan sesi bermain, menetapkan masa bermain, menyediakan tempat bermain, peserta bosan dan budaya. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pembangunan profesion kaunseling iaitu kaunselor harus mengambil kira cabaran-cabaran tersebut sebagai garis panduan menggunakan Terapi Filial sebagai satu pendekatan. Garis panduan ini dapat membantu kaunselor mempraktiskan Terapi Filial dalam meneroka serta memudahkan ibu bapa bermain bersama anak dalam suasana terapeutik. Terapi Filial juga berupaya menjadi modaliti tambahan dalam perkhidmatan kaunseling kanak-kanak dan keluarga di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Terapi filial; Modul terapi filial; Ibu; Anak fokus; Sesi bermain
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:14377
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2020 01:56
Last Modified:05 Mar 2020 09:39

Repository Staff Only: item control page