Kesan modul intervensi kaunseling berasaskan terapi bermain Adlerian terhadap kesejahteraan kanak-kanak mangsa pengabaian

Linda Jamaludin, and Ku Suhaila Ku Johari, and Salleh Amat, (2018) Kesan modul intervensi kaunseling berasaskan terapi bermain Adlerian terhadap kesejahteraan kanak-kanak mangsa pengabaian. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1(SI)). pp. 31-38. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
933kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan modul intervensi kaunseling berasaskan terapi bermain Adlerian (i-Capt) terhadap kesejahteraan kanak-kanak mangsa pengabaian. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen. Inventori Five Factor Wellness-elementary version (5FWEL-E) telah digunakan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan kanak-kanak berdasarkan lima dimensi iaitu kendiri asas, kendiri sosial, kendiri kreatif, kendiri fizikal dan kendiri daya tindak. Soal selidik 5FWEL-E telah diedarkan kepada 83 orang kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun di institusi perlindungan kanak-kanak. Seramai 66 orang kanak-kanak mangsa pengabaian mempunyai skor min tahap kesejahteraan rendah dan sederhana telah dipilih untuk kajian eksperimen. Kanak-kanak ini, kemudiannya dibahagikan kepada 33 orang untuk kumpulan eksperimen yang menerima rawatan modul dan 33 orang kumpulan kawalan yang tidak menerima rawatan modul. Dapatan kajian mendapati kanak-kanak yang mengikuti rawatan modul menunjukkan tahap kesejahteraan meningkat berbanding kanak-kanak dari kumpulan kawalan. Implikasi dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada kaunselor-kaunselor di sekolah, institusi perlindungan dan komuniti menggunakan modul i-Capt untuk meningkatkan kesejahteraan kendiri kanak-kanak mangsa pengabaian. Dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisaikan pada seluruh populasi kanak-kanak mangsa pengabaian kerana bilangan sampel yang kecil dan hanya sesuai untuk kajian eksperimen. Cadangan kajian pada masa akan datang adalah melaksanakan kajian kes bagi meneroka kehidupan sebenar kanak-kanak mangsa pengabaian.

Item Type:Article
Keywords:Kanak-kanak mangsa pengabaian; Lima faktor kesejahteraan kendiri holistik; Pendekatan Terapi Bermain Adlerian
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:14379
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2020 02:45
Last Modified:05 Mar 2020 09:41

Repository Staff Only: item control page