Hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan pelajar pintar cerdas akademik

Wan Rezawana Wan Daud, and Tajul Arifin Muhamad, and Melor Md Yunus, (2018) Hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan pelajar pintar cerdas akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1(SI)). pp. 39-47. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kecerdasan pelbagai pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) dan hubungannya dengan sikap terhadap sukan. Kajian tinjauan ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak di mana melalui pentadbiran dua set soal selidik yang diubah suai daripada instrumen MyMICA (Malaysian Multiple Intelligence Checlist for Adult) dan Attitudes Towards Sport. Soal selidik ini telah diuji dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik iaitu di antara 0.7 hingga 0.9. Tahap kecerdasan pelbagai diukur berdasarkan skor min piawai. Secara keseluruhan, kajian mendapati pelajar PCA mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam Rohani diikuti Logik Matematik, Kinestatik, Intrapersonal dan Interpersonal. Manakala kecerdasan Verbal Linguistik, Muzik, Naturalis dan Visual Ruang mencatatkan skor min pada tahap yang sederhana. Kajian ini turut melihat hubungan kecerdasan pelbagai dengan sikap terhadap sukan di mana nilai korelasi kecerdasan Kinestatik (r = 0.784, sig = 0.001) memberikan hubungan yang positif kuat diikuti dengan kecerdasan Rohani (r = 0.552, sig = 0.002). Kecerdasan Visual Ruang (r = 0.498, sig = 0.005) dan Intrapersonal (r = 0.399, sig = 0.029) turut menunjukkan hubungan dengan sikap terhadap sukan pada tahap positif sederhana. Implikasi kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru sukan khususnya yang terlibat dengan pelajar PCA agar melihat potensi mereka yang turut menyumbang kepada sikap terhadap sukan.

Item Type:Article
Keywords:Kecerdasan pelbagai; Pelajar pintar cerdas akademik; Sukan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:14382
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2020 03:00
Last Modified:05 Mar 2020 09:42

Repository Staff Only: item control page