Sokongan persekitaran sosial di pelbagai jenis sekolah menengah dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar

Irwan Fariza Sidik, and Mohd Mahzan Awang, and Abdul Razaq Ahmad, (2018) Sokongan persekitaran sosial di pelbagai jenis sekolah menengah dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1(SI)). pp. 67-76. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141

Abstract

Sokongan persekitaran perlu bagi menggalakkan keterlibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti di sekolah. Ini dapat memupuk kemahiran insaniah dalam diri pelajar. Kemahiran insaniah perlu dikuasai oleh pelajar ketika berada di sekolah menengah dan membantu mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan sokongan persekitaran dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar pelbagai jenis sekolah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 dari empat jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan sekolah berasrama penuh (SBP) di Negeri Sembilan. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan dalam kajian ini iaitu kekerapan, peratusan, skor min, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Keseluruhan konstruk berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.896 hingga 0.965. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan tahap sokongan persekitaran (min = 3.95, sisihan piawai = 0.914) dan kemahiran insaniah pelajar (min = 3.81, sisihan piawai = 0.849) masing-masing berada pada tahap sederhana tinggi. Kajian menunjukkan faktor sokongan persekitaran merupakan elemen penting serta mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemahiran insaniah pelajar dengan nilai (r = 0.701) dan sig = 0.000 (p < 0.01). Kekuatan hubungan ialah positif kuat. Implikasi dapatan kajian mencadangkan pihak sekolah perlu melaksanakan pelbagai program mengikut keperluan pelajar untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Sokongan persekitaran; Kemahiran insaniah; Sekolah menengah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:14390
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2020 04:26
Last Modified:05 Mar 2020 09:45

Repository Staff Only: item control page