Keberkesanan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terhadap pengetahuan dan tahap kemahiran pelajar kolej komuniti

Hazwani Hasami, and Nor Aishah Buang, (2018) Keberkesanan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terhadap pengetahuan dan tahap kemahiran pelajar kolej komuniti. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1(SI)). pp. 89-106. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141

Abstract

Pembelajaran Sepanjang Hayat telah diperkenalkan oleh Kolej Komuniti melalui pembelajaran berterusan secara terbuka dan merupakan pelaksana utama kepada Program Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan pelajar dan tahap kemahiran pelajar Kolej Komuniti setelah mengikuti program Pembelajaran Sepanjang Hayat. Sampel kajian terdiri daripada 30 responden yang terdiri daripada pelajar kursus Jahitan Kreatif dari tiga buah Kolej Komuniti di Johor. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif (soal selidik) dan kuantitatif (tinjauan) dengan menggunakan instrumen Set Ujian Pengetahuan dan Borang Pentaksiran Kompetensi Kemahiran. Penganalisaan data menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min serta statistik inferens ANOVA Sehala. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan pelajar di antara Kolej Komuniti manakala bagi tahap kemahiran pelajar pula tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara Kolej Komuniti. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat memberi jurang perbezaan yang tinggi kepada tahap pengetahuan pelajar di antara Kolej Komuniti manakala pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat tidak memberi jurang perbezaan yang tinggi kepada tahap kemahiran pelajar di antara Kolej Komuniti. Pelaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat perlu diperkukuhkan di kesemua Kolej Komuniti supaya pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sekaligus meningkatkan nilai tambah dalam diri pelajar. Hasil analisis kajian mendapati Program Pembelajaran Sepanjang Hayat memberi kesan positif terhadap kompetensi kemahiran dan pengetahuan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH); Kolej Komuniti; Tahap pengetahuan pelajar; Tahap kemahiran pelajar
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:14394
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2020 04:36
Last Modified:06 Mar 2020 03:53

Repository Staff Only: item control page