Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen strategi pembelajaran kolokasi Bahasa Arab: analisis menggunakan model Rasch

Lily Hanefarezan Asbulah, and Maimun Aqsha Lubis, and Ashinida Aladdin, and Mus'ab Sahrim, (2018) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen strategi pembelajaran kolokasi Bahasa Arab: analisis menggunakan model Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1(SI)). pp. 131-140. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1141

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan dan memeriksa kebolehpercayaan instrumen strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab. Seramai 5 orang panel pakar telah terlibat bagi mengesahkan instrumen ini. Untuk tujuan tersebut, soal selidik telah diedarkan kepada 61 pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti program pengajian bahasa Arab di universiti awam sebagai responden dalam kajian ini. Perisian Winsteps Version 3.69.1.11 telah digunakan untuk pemeriksaan ke fungsian item dari aspek kebolehpercayaan dan pengasingan item-responden, polariti dan kesesuaian item mengukur konstruk serta nilai korelasi residual terpiawai. Ia juga membenarkan penyingkiran atau pemurnian item berdasarkan polariti item, kesesuaian item dan menentukan nilai bersandar berdasarkan nilai korelasi residual terpiawai. Analisis akhir mendapati tiada item disingkarkan. Instrumen akhir menunjukkan sebanyak 40 item yang sesuai digunakan untuk mengukur konstruk strategi pembelajaran kolokasi. Dapatan daripada analisis telah berjaya membuktikan secara statistik bahawa item-item ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan wajar digunakan untuk para pelajar di peringkat IPT.

Item Type:Article
Keywords:Instrumen strategi pembelajaran kolokasi; Bahasa Arab; Model Rasch
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:14403
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2020 06:12
Last Modified:06 Mar 2020 03:59

Repository Staff Only: item control page