Inspirasi antena metabahan yang boleh dikonfigurasi untuk komunikasi 5G

Mohammad Rashed Iqbal Faruque, and Md. Mehedi Hasan, and Muhamad Roszaini Roslan, and Mohammad Tariqul Islam, and Sharifah Mastura Syed Abdullah, (2019) Inspirasi antena metabahan yang boleh dikonfigurasi untuk komunikasi 5G. Sains Malaysiana, 48 (10). pp. 2257-2263. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil10_...

Abstract

Perkembangan lalu lintas dalam sistem komunikasi tanpa wayar telah menarik banyak pihak menumpukan perhatian kepada spektrum jalur lebar luas dalam gelombang frekuensi millimeter yang merupakan keperluan komunikasi generasi kelima (5G). Inspirasi antena yang boleh dikonfigurasi frekuensinya berasaskan metabahan dicadangkan untuk komunikasi 5G. Ia terdiri daripada garisan suapan lurus ekakutub dengan dua resonator cincin yang berpecah dua (DSRR). DSRR dibangunkan oleh resonator cincin berpecah luar dan dalam dengan jalur logam tembaga E-bentuk terbalik yang dihubungkan dengan resonator cincin luar. Teknik Integrasi Terhad berasaskan simulator elektromagnet CST Microwave Studio digunakan untuk reka bentuk dan kajian berangka. Pulangan Kerugian (S11) menunjukkan resonan dalam 32.08 GHz, 35.07 GHz, dan 41.60 GHz. Prestasi antena yang boleh dikonfigurasi dicadangkan dianalisis dengan mengaktifkan atau menyahaktifkan DSRR. Walau bagaimanapun, metabahan yang direka menunjukkan ciri-ciri lengan kiri, padatan dalam ukuran dan lebih bersesuaian untuk aplikasi gelombang tanpa wayar 5G.

Item Type:Article
Keywords:Aplikasi 5G; Konfigurasi antena; Metabahan lengan kiri
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:14407
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2020 06:45
Last Modified:10 Mar 2020 02:34

Repository Staff Only: item control page