Sumber penyumbang karbon ke dalam sedimen dataran rumput laut di Muara Sungai Pulai, Johor, Malaysia

Nur Hidayah, and Mohammad Rozaimi, and Mohd Shahrul Mohd Nadzir, (2019) Sumber penyumbang karbon ke dalam sedimen dataran rumput laut di Muara Sungai Pulai, Johor, Malaysia. Sains Malaysiana, 48 (11). pp. 2405-2413. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
791kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil11_...

Abstract

Terdapat banyak kajian karbon biru yang menggunakan kaedah penjejak isotop untuk mendapatkan maklumat mengenai sumbangan sumber bahan organik (OM) di dalam sedimen. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu untuk mengetahui sumbangan sumber kepada takungan OM dan untuk membandingkan keberkesanan penggunaan dua jenis isotop stabil (δ13C dan δ15N) atau satu jenis isotop stabil (δ13C) dalam menentukan sumbangan OM di kawasan persampelan. Sampel rumput laut, makroalga, seston dan epifit di kawasan muara Sungai Pulai dianalisis dan diukur menggunakan jisim aliran nisbah isotop (IRMS). Analisis isotop stabil melalui R (SIAR) pula digunakan untuk menganggarkan sumbangan relatif keempat-empat sumber tersebut kepada takungan OM sedimen. Sampel seston mencatatkan nilai tertinggi (53 - 98%) dan rumput laut mencatatkan nilai terendah (7%) dalam sumbangan OM di dalam sedimen dataran rumput laut. Ini menunjukkan sumber luar (aloktonus) memainkan peranan yang penting kepada penambahan zarah terampai. Menggunakan dua penjejak isotop stabil, plot kepadatan menunjukkan sumbangan yang lebih kecil oleh seston (96.18 - 99.82%) berbanding menggunakan satu penjejak isotop stabil (89.15 - 99.75%). Terdapat perbezaan bererti (p<0.05) antara nilai julat peratus kebolehpercayaan (CI95%) penggunaan dua penjejak isotop stabil (δ13C dan δ15N) dan nilai julat peratus kebolehpercayaan (CI95%) penggunaan satu penjejak isotop stabil (δ13C). Hal ini menunjukkan nilai julat peratus kebolehpercayaan (CI95%) penggunaan dua penjejak isotop stabil lebih kecil iaitu bermaksud kebolehpercayaan adalah lebih tinggi melalui kaedah ini dalam pemodelan sumbangan sumber OM di kawasan kajian.

Item Type:Article
Keywords:Bahan organik; Isotop stabil; Model pencampuran Bayesian; SIAR
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:14423
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Mar 2020 18:57
Last Modified:01 Apr 2020 13:10

Repository Staff Only: item control page