Kadar pelepasan bromokarbon jangka hayat pendek oleh rumpai laut tropika menggunakan simulasi laut tropika

Chandran Raynusha, and Mohammad Rozaimi, and Nur Hidayah, and Chandru, Kuhan and Wan Shafrina Wan Mohd Jaafar, and Noor Liana Mat Yajit, and Mohd Shahrul Mohd Nadzir, (2019) Kadar pelepasan bromokarbon jangka hayat pendek oleh rumpai laut tropika menggunakan simulasi laut tropika. Sains Malaysiana, 48 (11). pp. 2415-2425. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil11_...

Abstract

Bagi negara tropika yang mempunyai keberhasilan marin yang tinggi seperti Malaysia, makroalga (rumpai laut) telah menjadi penyumbang utama kepada pelepasan bromokarbon jangka hayat pendek (VSL) ke dalam atmosfera. Faktor abiotik seperti keamatan cahaya dan kepekatan klorofil a telah diketahui mempengaruhi pengeluaran bromokarbon oleh rumpai laut, namun begitu masih lagi kurang kajian yang mengukur secara sistematik pengaruh rumpai laut terhadap kadar pelepasan bromokarbon VSL dijalankan. Oleh itu, sistem pengkulturan rumpai laut yang diselaraskan dengan keadaan persekitaran semula jadi disediakan bagi mengkaji kadar pelepasan bromokarbon VSL (CH2Br2, CHBr3 dan CHBr2Cl) bagi tujuh rumpai laut merah, perang dan hijau iaitu Gracilaria changii, Ulva reticulata, Caulerpa racemosa var. macrophysa, Kappaphycus alvarezii, Sargassum binderi, Sargassum siliquosum dan Padina australis. Penghasilan bromokarbon VSL menunjukkan kitaran diurnal dengan kepekatan halokarbon meningkat kepada tahap maksimum pada waktu tengahari (1738 pmolL-1) dan menurun apabila keamatan cahaya dan suhu permukaan laut (SST) berkurang. Penghasilan bromokarbon VSL rumpai laut yang diletakkan di bawah cahaya matahari adalah lima kali ganda lebih tinggi daripada penghasilan tangki akuakultur yang diletakkan dalam persekitaran gelap yang menunjukkan berlakunya penghasilan fotokimia. Purata kadar penghasilan fotokimia untuk bromokarbon VSL daripada uji kaji tangki akuakultur berjulat antara 1 dan 137 pmol per g-1 FW-1 h-1. Ini menjadikan rumpai laut merah (Gracilaria changii) sebagai pengeluar tertinggi. Begitu juga, bromoperoksida (BPO) yang diekstrak daripada kesemua rumpai laut juga menunjukkan aktiviti tertinggi dalam rumpai laut merah diikuti oleh rumpai laut perang dan hijau.

Item Type:Article
Keywords:Bahan jangka hayat pendek (VSLS); Bromokarbon jangka hayat pendek (VSL); Rumpai laut
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:14424
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Mar 2020 19:03
Last Modified:01 Apr 2020 13:12

Repository Staff Only: item control page