Elvaene James, and Azman A. Ghani, and Junaidi Asis, and Norbert Simon, (2019) Peranan subduksi terhadap batuan volkanik berusia neogen di Semenanjung Semporna: perspektif petrologi dan geokimia. Sains Malaysiana, 48 (11). pp. 2474-2481. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil11_...
Abstract
Batuan volkanik Semenanjung Semporna yang berusia Neogen terkenal dengan ciri-ciri geokimia subduksi dan menyerupai-OIB. Proses subduksi yang berlaku semasa usia Miosen menyebabkan magmatisme kaitan-subduksi diganti dengan magmatisme menyerupai-OIB. Batuan volkanik berusia Neogen di Semenanjung Semporna boleh dibahagi kepada basalt, andesit basalt, andesit dan riolit. Corak yang ditunjukkan oleh unsur major dan unsur surih mencadangkan magma batuan volkanik di Semenanjung Semporna telah mengalami penghabluran berperingkat. Berdasarkan kepada tren daripada mantel primitif dan REE, 3 jenis tren dapat dikenal pasti: Kaitan-subduksi; susutan Nb, Ta, P dan Ti, pengayaan pada LILE dan LREE dan susutan terhadap HFSE, menyerupai-OIB; pengayaan Nb, Ta and Ti, dan MORB; mantel primitif dan REE hampir rata. Pola REE turut menunjukkan batuan volkanik mempunyai nilai anomali Eu negatif dan positif, yang menjelaskan pengfraksian plagioklas dan pengumpulan plagioklas berlaku di dalam magma. Berdasarkan kepada sekitaran tektonik untuk Semenanjung Semporna, batuan volkanik kaitan-subduksi mempunyai sekitaran lava arka kepulauan dan basalt pinggir kepingan. Segitiga FeOT-MgO-Al2O3 pula menunjukkan batuan volkanik kaitan-subduksi tersebar pada kawasan orogeni dan pemuaian pusat kepulauan. Sekitaran tektonik untuk batuan volkanik menyerupai-OIB (basalt, 18L5; andesit basalt, 18L9) dan MORB (andesit basalt, 11L5) ialah basalt dalam-kepingan dan lava dalam-kepingan yang terbentuk di sekitaran benua (Segitiga FeOT-MgO-Al2O3).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Neogene; OIB-like; Semporna Peninsula; Subduction; Volcanic rocks |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 14429 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Mar 2020 19:30 |
Last Modified: | 01 Apr 2020 13:17 |
Repository Staff Only: item control page