Hubungan kepercayaan matematik, metakognisi dan perwakilan masalah dengan kejayaan penyelesaian masalah matematik

Roslina Radzali, and T. Subahan Mohd Meerah, and Effandi Zakaria, (2010) Hubungan kepercayaan matematik, metakognisi dan perwakilan masalah dengan kejayaan penyelesaian masalah matematik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 1-7. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
111kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/contents_bm.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kepercayaan matematik, metakognisi dan perwakilan masalah dengan kejayaan penyelesaian masalah matematik pelajar. Sampel terdiri daripada 644 pelajar tingkatan empat di Selangor, yang dipilih menggunakan teknik multistage cluster sampling. Tiga instrumen digunakan, iaitu Instrumen Kepercayaan Matematik, Instrumen Metakognisi dan Instrumen Penyelesaian Masalah Matematik. Data telah dianalisis menggunakan teknik statistik analisis regresi berganda. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kepercayaan matematik, metakognisi dan perwakilan masalah dengan kejayaan pelajar menyelesaikan masalah matematik.

Item Type:Article
Keywords:Kepercayaan matematik, metakognisi, perwakilan masalah, penyelesaian masalah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:1443
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 May 2011 03:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:29

Repository Staff Only: item control page