Pemetaan geotapak Pulau Ular di Langkawi, Malaysia

Kamal Roslan Mohamed, and Tanot Unjah, and Che Aziz Ali, and Mohamad Hanif Kamal Roslan, (2019) Pemetaan geotapak Pulau Ular di Langkawi, Malaysia. Sains Malaysiana, 48 (11). pp. 2511-2519. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil11_...

Abstract

Pemetaan Geotapak untuk Pulau Ular telah dijalankan menggunakan kaedah penderiaan jauh yang melibatkan data peta topografi, gambar udara, imej satelit serta gambar yang diambil menggunakan dron. Analisis penderiaan jauh ini menghasilkan peta geomorfologi. Langkah seterusnya adalah melakukan kerja lapangan yang akhirnya menghasilkan satu peta geologi. Cerapan lapangan telah dapat mengenal pasti fitur geologi dan landskap yang penting dan menarik, dan sebanyak 10 lokaliti atau tapak telah dikenal pasti mempunyai fitur geologi atau landskap yang penting kepada pemahaman sejarah pembentukan pulau ini, antaranya kepelbagaian jenis batuan, fosil, struktur sedimen, struktur tektonik dan fitur hakisan. Berdasarkan semua maklumat yang diperoleh ini, peta geotapak Pulau Ular telah dibangunkan dan boleh digunakan dalam membuat perancangan pemuliharaan dan pembangunan geopelancongan.

Item Type:Article
Keywords:Kepelbagaian geologi; Pemetaan geotapak
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:14433
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Mar 2020 19:53
Last Modified:01 Apr 2020 13:24

Repository Staff Only: item control page