Penyingkiran ammonia dan permintaan oksigen kimia daripada air sisa kumbahan menggunakan media penjerap komposit karbon teraktif

Mohan Kumar Manikam, and Maizatul Intan Syafinaz, and Azhar Abdul Halim, and Marlia Mohd Hanafiah, (2019) Penyingkiran ammonia dan permintaan oksigen kimia daripada air sisa kumbahan menggunakan media penjerap komposit karbon teraktif. Sains Malaysiana, 48 (11). pp. 2529-2539. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil11_...

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan keberkesanan media penjerap komposit karbon teraktif dalam menyingkirkan ammonia dan permintaan oksigen kimia (COD) daripada air sisa kumbahan. Kajian ini terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu pencirian media komposit, penentuan parameter optimum, uji kaji penjerapan kelompok dan kajian penjerapan turus. Parameter optimum seperti pH, masa sentuhan dan dos bahan penjerap turut dikaji. Kajian isoterma penjerapan, kinetik penjerapan dan penjerapan turus turut dijalankan. Hasil kajian menunjukkan pH5 dan pH6 adalah paling optimum bagi penyingkiran ammonia dan COD. Peratus penyingkiran ammonia yang paling optimum bagi masa sentuhan adalah pada minit ke-15 dengan bacaan penyingkiran sebanyak 71% dan bagi peratus penyingkiran COD berlaku pada minit ke-30 iaitu dengan penyingkiran sebanyak 51%. Dos bahan penjerap optimum bagi penyingkiran ammonia adalah 25 g/L manakala bagi penyingkiran COD adalah 50 g/L. Dalam kajian isoterma, model isoterma Langmuir dan Freundlich telah diaplikasi dan hasil kajian membuktikan bahawa isoterma penjerapan ammonia dan COD adalah mematuhi model isoterma Freundlich iaitu R2= 0.9004 dan R2= 0.9818. Kajian kinetik menunjukkan kadar kinetik bagi penjerapan ammonia dan COD ini adalah mematuhi model kinetik tertib kedua dan pekali korelasi yang diperoleh adalah R2=0.9985 dan R2=0.9998. Kajian ini menunjukkan bahawa kinetik penjerapan ammonia dan COD adalah dipengaruhi oleh proses kimia. Berdasarkan hasil yang diperoleh daripada kajian penjerapan turus, keberkesanan media penjerap komposit karbon teraktif dalam menyingkirkan ammonia dan COD daripada air sisa kumbahan dapat ditentukan berdasarkan peratus penyingkiran yang diperoleh mencapai sehingga 90% bagi ammonia dan 88% bagi COD. Hasil ini menunjukkan bahawa media penjerap komposit karbon teraktif dapat diaplikasikan dalam proses rawatan air sisa kumbahan.

Item Type:Article
Keywords:Air sisa kumbahan; Isoterma; Kinetik; Komposit; Penjerapan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:14435
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Mar 2020 20:01
Last Modified:01 Apr 2020 13:28

Repository Staff Only: item control page