Kewujudan Kota Raja Melewar berdasarkan sumber bertulis dan data lapangan

Mohd Fauzan Zuraidi, and Zuliskandar Ramli, and Shamsuddin Ahmad, (2020) Kewujudan Kota Raja Melewar berdasarkan sumber bertulis dan data lapangan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 33 (1). pp. 1-13. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
967kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Kota Raja Melewar merupakan kota yang membabitkan institusi beraja diterajui oleh Raja Mahmud yang berasal dari Pagarruyung, di mana lokasinya terletak di dalam Daerah Rembau. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengenalpasti kedudukan sebenar tapak istana lama ini, sekaligus dapat merungkai kawasan sebenar berkaitan tapak lama ini yang sehingga ke hari ini masih tidak dapat diketahui dengan jelas keberadaannya. Melalui jumpaan kawasan ini, akan lebih banyak catatan sejarah atau penemuan yang mungkin dapat membawa kepada maklumat atau informasi baru berkenaan Raja Melewar sewaktu berada di Rembau ketika dahulu, iaitu pada abad ke 17-18. Kewujudan kota ini mungkin boleh diterjemahkan melalui beberapa aspek yang meliputi suasana pemerintahan beraja di sekitar Rembau mahupun seluruh Negeri Sembilan pada masa itu, sebelum adanya Istana Seri Menanti. Di samping itu, gambaran sesebuah kota dapat diketahui dan dikenal pasti dengan menilai dan melihat kandungan yang wujud di dalam struktur kawasan itu sendiri seperti mana ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah kota atau istana yang lainnya pada ketika dahulu. Kota Raja Melewar merupakan sebuah simbol pemerintahan seiring dengan catatan sejarah yang menyatakan bahawa Rembau merupakan kawasan pemerintahan pertama Raja Melewar sebelum beliau berpindah ke Seri Menanti setelah ditabal menjadi raja yang pertama memerintah Negeri Sembilan.

Item Type:Article
Keywords:Kota dan istana; Raja Melewar; kawasan pemerintahan; Daerah Rembau
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:14444
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Apr 2020 02:57
Last Modified:13 Apr 2020 06:43

Repository Staff Only: item control page