Sejarah perkembangan Laluan Penarikan

Preethevan Ramu, and Zuliskandar Ramli, and Shamsuddin Ahmad, and Mohamad Nazim Abdul Gaman, and Asrul Effendi Kamaruzzaman, and Muhammad Zaki Razani, (2020) Sejarah perkembangan Laluan Penarikan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 33 (1). pp. 27-41. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
953kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Kedudukan geografi Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun telah membentuk beberapa sungai yang mengalir dari beberapa banjaran gunung yang ada di Malaysia. Sungai memainkan peranan penting dalam konteks sejarah di mana ia menjadi tapak hunian terawal bagi sesuatu petempatan manusia dan menjadi jalan untuk pengangkutan air yang pintas menyeberangi lautan tanpa menunggu perubahan angin monsun untuk ke destinasi. Laluan Penarikan telah digunakan oleh pedagang dari pusat kerajaan di pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung untuk ke pantai timur. Jalan ini adalah jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melalui Temasik (Singapura) di selatan Semenanjung Tanah Melayu. Jalan ini menghubungkan dua batang sungai utama iaitu Sungai Muar dan Sungai Pahang melalui Sungai Jempol, Sungai Serting dan Sungai Bera. Laluan ini dikenali sebagai Laluan Penarikan disebabkan perbuatan “menarik” perahu sepanjang kira-kira 0.6 km. Laluan Penarikan menjadi salah satu laluan yang menjadi tumpuan kepada para pedagang sehingga seorang pengembara yang bernama Manuel Godinho De Eredia telah mencatat dan melukis laluan penarikan di dalam koleksi petanya pada tahun 1613. Kini Laluan Penarikan sukar dikesan disebabkan sungai menjadi sempit akibat penembangan pokok serta pembinaan bangunan dan jalan raya tanpa had. Di samping itu, terdapat sebuah makam yang terbiar di Laluan Penarikan yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Ringkasnya, dengan teknologi yang dahulu tidak dapat dinafikan bahawa Laluan Penarikan telah memberi sumbangan dan peranan yang tinggi terhadap para pedagang dengan menjimatkan masa dan mengurangkan jarak perjalanan untuk ke destinasi oleh para pedagang.

Item Type:Article
Keywords:Jalan penarikan; Sungai; Para pedagang
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:14446
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Apr 2020 03:16
Last Modified:13 Apr 2020 06:28

Repository Staff Only: item control page