Aliff Nawi, and Gamal Abdul Nasir Zakaria, and Norkhairiah Hashim, (2020) Komunikasi berkesan menerusi pembelajaran berasaskan masalah dalam Kursus Pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 36 (1). pp. 20-40. ISSN 0128-1496
|
PDF
799kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1257
Abstract
Komunikasi merupakan suatu proses penting dalam kehidupan manusia seharian. Melalui proses komunikasi ini, manusia dapat berkongsi maklumat dan bersosial antara satu sama lain. Dalam bilik darjah, komunikasi merupakan proses yang paling kerap berlaku antara guru dan pelajar. Proses komunikasi ini berlaku secara berterusan dan perlu dilaksana dengan berkesan bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas, difahami dengan baik dan mencapai objektif pembelajaran sebagai mana yang dirancang oleh guru. Kajian ini bertujuan untuk meneroka komunikasi berkesan menerusi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) dalam kursus Pengajian Islam di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam. Terdapat dua kumpulan yang terlibat dalam kajian, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen merupakan kumpulan yang melalui proses pengajaran dan pengajaran dengan menggunakan pendekatan komunikasi menerusi PBL dalam bilik darjah. Manakala kumpulan rawatan merupakan kumpulan yang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara lazim. Bagi mendapatkan data, temu bual secara kumpulan fokus dijalankan di mana kedua-dua kumpulan terlibat dalam memberikan maklum balas mengenai pembelajaran masing-masing. Hasil dapatan kemudiannya dianalisis secara tematik menggunakan perisian Nvivo. Dapatan menunjukkan bahawa komunikasi berkesan menerusi PBL dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang berbeza berbanding dengan sesi pembelajaran secara lazim. Bagaimanapun, tiada perbezaan dari aspek kefahaman kerana kedua-dua kumpulan dapat memahami dengan baik setiap topik pembelajaran. Implikasi kajian ini secara langsung dapat memperkembangkan keberkesanan pengajian Islam dalam menerapkan nilai, meningkatkan kepuasan pembelajaran, dan pembinaan akhlak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Komunikasi; PBL; Pengajian Islam; Institusi pengajian tinggi; Brunei |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 14477 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Apr 2020 07:02 |
Last Modified: | 23 Apr 2020 16:23 |
Repository Staff Only: item control page