Amla Salleh, and Zahara Aziz, and Zuria Mahmud, and Abd.Aziz Mahyuddin, (2010) Peranan bapa dalam pembangunan sahsiah remaja dan implikasinya terhadap nilai kekeluargaan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 9-17. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
132kB |
Official URL: http://www.ukm.my/~jurfpend/contents_bm.html
Abstract
Kertas ini bertujuan membentangkan hasil kajian yang meninjau penglibatan bapa dalam asuhan anak-anak remaja dan hubungannya dengan perkembangan remaja. Tinjauan dibuat terhadap 468 sampel pelajar dengan menggunakan soal selidik tentang beberapa aspek asuhan bapa. Analisis korelasi antara tahap penglibatan bapa dengan perkembangan pembelajaran dan perkembangan konsep kendiri anak-anak remaja telah dilakukan. Analisis kekerapan, peratus, min juga dijalankan. Antara dapatan yang penting ialah anak-anak mendapati penglibatan bapa agak baik, iaitu bertanggungjawab dari segi menyediakan kemudahan fizikal serta sokongan kepada ibu.Bagaimanapun, responden merasakan bapa mereka tidak mesra dan tidak banyak berkomunikasi dengan mereka.Mereka juga beranggapan bapa tidak banyak terlibat dalam proses pembelajaran, khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan sekolah. Tahap penglibatan bapa juga tidak mempunyai hubungan dengan prestasi akademik remaja. Manakala korelasi antara penglibatan bapa dalam asuhan dengan konsep kendiri pelajar lelaki adalah rendah . Implikasi kajian dapat dilihat daripada peranan bapa dalam konteks keluarga dan nilai kekeluargaan Islam. Oleh kerana lebih daripada 75 peratus sampel datang daripada latar belakang ekonomi rendah (<RM 1000),pendidikan ibu bapa yang rendah dan sampel Melayu, maka dengan itu dapatan ini lebih menggambarkan sikap bapa Melayu dari kumpulan yang disebutkan. Dengan itu, kajian yang menggunakan sampel yang lebih representatif adakah sangat penting untuk mengukuhkan dapatan ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Asuhan bapa; remaja; konsep kendiri; prestasi akademik |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 1448 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 23 May 2011 03:59 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:29 |
Repository Staff Only: item control page