Wan Nurzuliana Wan Ahmad, (2019) Amalan guru dalam melaksanakan kemahiran literasi bahasa Melayu bagi Program LINUS di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 9 (1). pp. 1-11. ISSN 2180-4842
|
PDF
666kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Program Intervensi LINUS (Literacy and Numeracy Screening) telah diperkenalkan KPM pada awal sesi persekolahan tahun 2010 dan merupakan satu pendekatan bersepadu yang telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi bahasa Melayu dan numerasi seawal murid berada diTtahap 1 lagi. Kajian ini dijalankan untuk meneroka amalan guru dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa dalam pelaksanaan kemahiran literasi Bahasa Melayu bagi Program LINUS di sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes. Seramai tiga orang guru Pemulihan Khas yang terlibat secara langsung dalam pengajaran kemahiran literasi Bahasa Melayu program LINUS dipilih sebagai peserta kajian. Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK), seorang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan seorang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Instrumen kajian ialah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Data temu bual dan pemerhatian dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru Pemulihan Khas di ketiga-tiga jenis sekolah rendah ini menggunakan kaedah pengajaran langsung, iaitu berpusatkan guru dalam pengajaran terhadap murid-murid LINUS. Bagi SJKT, pengajaran langsung ini dilakukan secara individu berbanding SK dan SJKC yang melakukan pembahagian kumpulan kecil, iaitu dua hingga tiga orang murid dalam satu sesi P&P mengikut tahap penguasaan kemahiran literasi murid. Walaupun murid LINUS ini diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil, prosedur pengajaran langsung tetap diaplikasikan oleh guru, iaitu dimulakan dengan set induksi, latihan dan bimbingan sepenuhnya oleh guru, latihan kendiri dan penilaian guru. Implikasi penggunaan kaedah pengajaran langsung terhadap murid LINUS ini ialah guru-guru dapat mengenal pasti tahap pencapaian murid mengikut konstruk yang telah dikuasai, pengajaran guru terus berfokus kepada cara untuk meningkatkan tahap pencapaian kemahiran literasi murid dan dengan ini pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan berkualiti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan pengajaran guru; Kemahiran literasi; Program LINUS, Sekolah rendah |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 14519 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Apr 2020 06:36 |
Last Modified: | 29 Apr 2020 03:37 |
Repository Staff Only: item control page