Ahmad Fikri Ab. Rahman, and Zamri Mahamod, (2019) Teknik lakaran bersama peta alir i-Think meningkatkan kemahiran menjana idea murid etnik Lun Bawang dalam karangan autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 9 (1). pp. 12-22. ISSN 2180-4842
|
PDF
598kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Kajian berbentuk kualitatif ini merupakan kajian tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menjana idea murid etnik Lun Bawang di Lawas, Sarawak dalam karangan autobiografi dengan menggunakan teknik lakaran bersama peta alir i-Think. Responden kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 4 yang diwakili oleh dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen sebelum dan selepas intervensi dijalankan, pemerhatian semasa proses intervensi dijalankan dan disokong oleh data temu bual. Data dianalisis secara kualitatif untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan teknik lakaran bersama peta alir i-Think mampu meningkatkan kemahiran menjana idea murid etnik Lun Bawang dalam karangan autobiografi. Murid bermotivasi mempelajari karangan, menjana imaginasi dan kreativiti murid, memperbaiki amalan pengajaran guru, meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu serta membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di sekolah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknik lakaran; Peta alir i-Think; Murid etnik Lun Bawang; Karangan autobiografi |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 14520 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Apr 2020 06:42 |
Last Modified: | 29 Apr 2020 03:39 |
Repository Staff Only: item control page