Keberkesanan kaedah peta pemikiran i-Think terhadap pencapaian dan sikap murid dalam pembelajaran KOMSAS

Nik Nur Farihah Nik Harmi, (2019) Keberkesanan kaedah peta pemikiran i-Think terhadap pencapaian dan sikap murid dalam pembelajaran KOMSAS. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 9 (1). pp. 23-32. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
422kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa khususnya Komponen Sastera Bahasa Melayu (KOMSAS) boleh dijadikan medium yang berkesan untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi serta melahirkan murid yang berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan kaedah peta pemikiran i-think yang digunakan oleh guru semasa proses P&P berjalan bagi meningkatkan pencapaian dan sikap murid tingkatan 4. Kajian ini membandingkan pencapaian dan sikap murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas pengajaran. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuasi-eksperimental bagi menguji keberkesanan kaedah peta pemikiran i-think dalam P&P KOMSAS. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu dengan menggunakan borang kaji selidik yang melibatkan 68 orang murid sebuah sekolah menengah di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Murid kumpulan eksperimen terdiri daripada 33 orang dan murid kumpulan kawalan pula terdiri daripada 35 orang. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics SoftWare (PASW) Statistics 20 untuk data deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan min bagi pencapaian dan sikap sebelum P&P menggunakan kaedah peta pemikiran i-think berada pada tahap sederhana, manakala selepas P&P menggunakan kaedah yang sama berada pada tahap tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan p<0.05 antara markah pencapaian murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas proses P&P menggunakan peta pemikiran i-think. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan p<0.05 antara sikap kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas menggunakan kaedah pembelajaran yang berbeza. Implikasi kajian adalah penggunaan peta pemikiran i-think dapat meningkatkan pencapaian dan sikap murid dalam mempelajari KOMSAS Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah eksperimen; Kaedah peta pemikiran i-think; Pencapaian murid; Sikap murid; Pembelajaran komponen sastera
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14521
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Apr 2020 06:46
Last Modified:29 Apr 2020 03:43

Repository Staff Only: item control page