Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu

Farah Adlina Mokter, (2019) Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 9 (1). pp. 33-46. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
465kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 3. Kajian memberikan fokus kepada pencapaian pelajar dalam ujian, kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menaakul. Kajian dilaksanakan secara eksperimen menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan ujian pra dan ujian pos (pre-test post-test control group design). Subjek kajian terdiri daripada 54 orang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di negeri Melaka. Seramai 28 orang pelajar daripada satu kelas tingkatan 3 dijadikan kumpulan kawalan yang menerima pengajaran dan pembelajaran (P&P) konvensional, manakala satu lagi kelas tingkatan 3 seramai 26 orang pelajar dari sekolah yang sama dijadikan kumpulan eksperimen yang menerima pendekatan PBM. Sebanyak lapan hipotesis nul telah dikemukakan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan, daripada lapan hipotesis nul yang dikemukakan, dua hipotesis nul telah diterima dan enam pula ditolak. Penerimaan hipotesis nul menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian bagi ujian pra untuk kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan pada peringkat awal. Penolakan hipotesis nul pula menunjukkan terdapat perbezaan markah dalam pencapaian ujian pra dan pos bagi kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa P&P menggunakan PBM berkesan kerana dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam karangan Bahasa Melayu dan sekali gus meningkatkan KBAT pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran berasaskan masalah; Kemahiran berfikir aras tinggi; Penulisan karangan; Mata pelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14522
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Apr 2020 06:50
Last Modified:29 Apr 2020 03:45

Repository Staff Only: item control page