Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah bahasa Melayu di sekolah rendah

Sh. Siti Hauzimah Wan Omar, (2019) Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 9 (1). pp. 56-67. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
477kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan sikap guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) bagi subjek Bahasa Melayu. PBD merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seramai 95 orang guru Bahasa Melayu di sekolahsekolah pedalaman di daerah Betong, Sarawak dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 22. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu telah bersedia untuk melaksanakan PBD di mana skor min setiap elemen adalah tinggi, iaitu pengetahuan guru (min=4.075), kemahiran guru (min=4.037) dan sikap guru (min=4.078). Implikasi kajian ini ialah guruguru Bahasa Melayu telah bersedia untuk melaksanakan PBD walaupun pelaksanaan PBD merupakan satu yang baharu diperkenalkan oleh KPM.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Kemahiran; Sikap; Pentaksiran bilik darjah; Sekolah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14524
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Apr 2020 07:00
Last Modified:29 Apr 2020 03:49

Repository Staff Only: item control page