Kerelevanan maklumat Rizab Penyamaan Keuntungan dalam syarikat induk perbankan Islam di Malaysia

Temson Tunick, and Norman Mohd Saleh, (2019) Kerelevanan maklumat Rizab Penyamaan Keuntungan dalam syarikat induk perbankan Islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 55 . pp. 23-41. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
559kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1167

Abstract

Rizab Penyamaan Keuntungan (RPK), ialah peruntukan rizab daripada keuntungan semasa keadaan baik untuk digunakan dalam keadaan pasaran yang tidak begitu baik. Dalam institusi kewangan Islam, konsep perkongsian keuntungan digunakan dalam kebanyakan kontrak kerana faedah atau riba’ tidak dibenarkan. Apabila pulangan dalam institusi kewangan konvensional yang berasaskan kadar yang tetap adalah tinggi, terdapat kecenderungan bagi institusi kewangan Islam (sebagai Mudharib) untuk mengorbankan bahagian keuntungan yang diperolehinya untuk membayar pulangan yang kompetitif kepada pelaburnya. Justeru, RPK dibenarkan dalam institusi kewangan Islam oleh pihak berkuasa untuk memastikan institusi berkenaan mempunyai rizab yang cukup untuk digunakan pada ketika prestasi yang tidak begitu baik, dan mengekalkan pelanggannya. Walaupun kajian lepas mendapati pelabur mendiskaun harga saham akibat daripada amalan pengurusan perolehan, manfaat kelebihan bersaing kepada institusi kewangan Islam dengan adanya RPK boleh menterbalikkan atau mengurangkan kesan ini. Jadi, terdapat persoalan sama ada pelabur menganggap maklumat RPK ini sebagai relevan kepada keputusan mereka. Kajian ini memeriksa kerelevanan nilai RPK kepada pelabur. Tambahan lagi, kajian ini juga menyiasat kesan peraturan baharu untuk RPK yang telah dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2011. Peraturan baharu ini mencadangkan pelakuan perakaunan yang berbeza antara peruntukan yang dibuat oleh pelabur dan Mudharib yang memberi kesan terhadap penyata kewangan dan akhirnya pertimbangan pelabur. Menggunakan data syarikat induk bank tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2001 ke-2014 iaitu 102 pemerhatian, dapatan kajian menunjukkan peruntukan RPK berkait secara negatif kepada harga saham. Hubungan ini lebih kuat selepas penguatkuasaan garis panduan yang baharu. Selari dengan kajian lepas, ini mencadangkan RPK dipandang sebagai alat untuk mengurus perolehan. Implikasinya, pihak penggubal undang-undang harus memandang serius dalam keputusan sama ada untuk memberhentikan atau meneruskan amalan peruntukan RPK ini. Walaupun tujuannya baik, ia berpotensi disalahgunakan oleh pihak pengurusan untuk mengurus perolehan dan pulangan bank. Berikutan penggunaan garis panduan baharu pada tahun 2011, perkaitan RPK dan harga saham adalah semakin kuat.

Item Type:Article
Keywords:Kerelevanan nilai; Pelicinan pendapatan; Rizab penyamaan keuntungan; Institusi kewangan Islam
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:14527
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Apr 2020 01:31
Last Modified:02 May 2020 05:22

Repository Staff Only: item control page