Analisis hubungan kemahiran dengan kecekapan teknik firma perkhidmatan di Malaysia

Noorasiah Sulaiman, and Nursaliha Abd Ghafar, (2019) Analisis hubungan kemahiran dengan kecekapan teknik firma perkhidmatan di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 55 . pp. 147-158. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
517kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1167

Abstract

Kajian ini menganalisis hubungan antara kemahiran dengan tahap kecekapan teknik firma dalam sektor perkhidmatan di Malaysia. Kemahiran dikategorikan kepada enam dimensi, iaitu kemahiran berkomunikasi secara efektif; kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah; kemahiran bekerja secara berpasukan; kemahiran etika dan moral dalam profesion; kemahiran keusahawanan; dan kemahiran pengurusan. Kajian ini berasaskan 130 buah firma perkhidmatan yang diperoleh daripada kajian lapangan pada 2014. Objektif kajian ialah menganalisis hubungan antara kemahiran dengan tahap kecekapan firma. Kajian ini menggunakan analisis sempadan stokastik (SFA) dalam mengukur tahap kecekapan teknik firma, sementara model persamaan berstruktur (SEM) menggunakan perisian SmartPLS dalam menganalisis hubungan antara kemahiran dan kecekapan. Dapatan menunjukkan tahap kecekapan teknik firma perkhidmatan secara relatifnya adalah rendah. Selanjutnya, hanya kemahiran bekerja secara berpasukan sahaja yang secara positif mempengaruhi tingkat kecekapan firma, manakala kemahiran beretika dan moral dalam profesion dan kemahiran berkomunikasi secara efektif mempengaruhi tahap kecekapan secara negatif dalam sektor yang dikaji.

Item Type:Article
Keywords:Kecekapan teknik; Kemahiran; Firma perkhidmatan; Analisis sempadan stokastik; SmartPLS
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:14537
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Apr 2020 04:10
Last Modified:02 May 2020 05:49

Repository Staff Only: item control page