Hubungan pengaruh gaya kepemimpinan transformasional terhadap perlaksanaan program pelan penggantian pembangunan kerjaya dalam perkhidmatan awam Malaysia

Rohana Ahmad, and Ahmad Martadha Mohamed, (2019) Hubungan pengaruh gaya kepemimpinan transformasional terhadap perlaksanaan program pelan penggantian pembangunan kerjaya dalam perkhidmatan awam Malaysia. Jurnal Pengurusan, 55 . pp. 159-167. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
369kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1167

Abstract

Program pelan penggantian yang sistematik dan pembangunan kerjaya yang kukuh merupakan perkara yang penting kepada penjawat awam. Kajian sebelom ini membuktikan bahawa terdapat hubungan signifikan antara pembangunan kerjaya dengan sokongan pihak pengurusan tertinggi. Oleh itu, program pembangunan kerjaya, organisasi bukan sahaja bergantung kepada pelan penggantian yang sistematik, tetapi perkara utama ialah komitmen jitu daripada pihak pengurusan tertinggi organisasi. Sehubungan itu, kajian ini ingin melihat hubungan antara ciri kepemimpinan transformasional terhadap perlaksanaan pelan penggantian di sektor awam Malaysia. Oleh demikian, kajian ini melihat kepada dimensi pengaruh kepemimpinan Bass dan Avolio (2004) iaitu pengaruh ideal, motivasi berinspirasi, pengaruh individu dan juga ransangan intelek. Selain itu, pembangunan kerjaya digunakan sebagai dimensi untuk mengukur pelan penggantian. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 576 soal selidik diedarkan kepada pegawai kerajaan yang berjawatan antara gred 48 hingga gred 52 dan hanya 425 orang responden telah memberikan maklum balas. Hasil dapatan kajian daripada analisis regresi pelbagai menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara pengaruh individu dengan pelan penggantian. Oleh itu, organisasi dalam sektor awam perlu memberi perhatian kepada gaya kepemimpinan pengurusan tertinggi supaya pelan penggantian kepemimpinan dapat dilaksankan dengan jayanya.

Item Type:Article
Keywords:Kepemimpinan transformasional; Pelan penggantian; Pembangunan kerjaya; Sektor awam Malaysia
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:14538
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Apr 2020 04:14
Last Modified:02 May 2020 05:52

Repository Staff Only: item control page