Hubungan orientasi matlamat, pemantauan kendiri dan tingkah laku kerja inovatif: komitmen afektif sebagai pengantara

Norulhuda Tajuddin, and Rasidah Arshad, and Riza Munira Shamsudin, and Yusrizal Sufardi Mohd Yunan, (2019) Hubungan orientasi matlamat, pemantauan kendiri dan tingkah laku kerja inovatif: komitmen afektif sebagai pengantara. Jurnal Pengurusan, 56 . pp. 1-16. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
288kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1220

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah mengkaji kedua-dua hubungan langsung dan tidak langsung antara orientasi matlamat dan pemantauan kendiri dengan tingkah laku kerja inovatif. Secara khususnya, dua dimensi orientasi matlamat- orientasi berasaskan penguasaan (mastery) dan orientasi berasaskan prestasi, dan pemantauan kendiri dihipotesiskan sebagai peramal kepada prestasi inovatif. Dalam masa yang sama, komitmen afektif dihipotesis bertindak sebagai pengantara bagi ketiga-tiga hubungan tersebut. Data dikumpulkan daripada 162 ahli akademik dari institusi pengajian tinggi Malaysia menerusi soalselidik. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan model persamaan berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan langsung yang signifikan bagi orientasi penguasaan dan pemantauan kendiri dengan tingkah laku kerja inovatif. Peranan komitmen afektif sebagai pengantara pula hanya signifikan bagi pemantauan kendiri (pengantara separa) namun didapati tidak mengantara hubungan antara orientasi penguasaan dan orientasi prestasi dengan tingkah laku kerja inovatif.

Item Type:Article
Keywords:Orientasi matlamat; Pemantauan kendiri; Komitmen afektif; Tingkah laku kerja inovatif
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:14545
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 May 2020 01:36
Last Modified:05 May 2020 23:25

Repository Staff Only: item control page