Penyalahgunaan internet sewaktu kuliah: kesan daripada penyerapan kognitif dan tabiat berinternet

Roshayati Abdul Hamid, and Zaleha Yazid, and Noor Hasni Juhdi, and Laila Adrena Mat Kana, (2019) Penyalahgunaan internet sewaktu kuliah: kesan daripada penyerapan kognitif dan tabiat berinternet. Jurnal Pengurusan, 56 . pp. 1-15. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1220

Abstract

Fenomena penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar terjadi apabila pelajar menggunakan internet bagi tujuan lain selain daripada aktiviti berkaitan pembelajaran sewaktu kuliah. Penyalahgunaan internet mampu memberi kesan yang negatif kepada pelajar dan universiti dalam melahirkan graduan yang bertaraf dunia. Penyerapan kognitif adalah motivasi intrinsik yang mampu mempengaruhi tingkahlaku pelajar apabila mereka terlibat secara mendalam dengan teknologi internet. Penyerapan kognitif boleh menyebabkan pelajar tersebut merasai seperti terputus daripada realiti, mempunyai tahap rasa ingin tahu yang tinggi, keseronokan yang melampau, fokus yang mendalam dan hilang kawalan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menguji samada penyalahgunaan internet sewaktu kuliah didorong oleh penyerapan kognif pelajar tersebut. Kajian ini juga ingin menguji tabiat berinternet sebagai pembolehubah peyederhana. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Data mentah yang diperoleh telah dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati penyerapan kognitif dan tabiat berinternet mempunyai hubungan yang signifikan dengan penyalahgunaan internet, namun tabiat berinternet tidak menyederhanakan hubungan antara penyerapan kognitif dan penyalahgunaan internet.

Item Type:Article
Keywords:Penyalahgunaan internet; Penyerapan kognitif; Tabiat berinternet; Institusi pengajian tinggi
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:14548
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 May 2020 01:51
Last Modified:05 May 2020 23:32

Repository Staff Only: item control page