Saiful Azizi Ismail, and Zulkiflee Daud, and Ahmad Fauzi Ahmad Zaini, (2019) Pengaruh kepimpinan dalam hubungan antara keadilan organisasi dan politik organisasi dalam institusi kewangan Islam di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 56 . pp. 1-19. ISSN 0127-2713
|
PDF
291kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1220
Abstract
Kajian ini bertujuan menguji peranan perantara kepimpinan dalam hubungan antara keadilan organisasi dan persepsi politik organisasi. Berasaskan reka bentuk keratan rentas, sampel kajian ini melibatkan seramai 291 orang pekerja bukan pegawai daripada pelbagai institusi kewangan Islam di Malaysia. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat dimensi-dimensi baru yang wujud dalam keadilan organisasi dan politik organisasi di institusi kewangan Islam di Malaysia. Penemuan dimensi-dimensi baru dilihat dengan menggunakan analisis faktor. Kesan pengaruh antara keadilan organisasi, kepimpinan dan politik organisasi diuji dengan menggunakan analisis regresi berganda. Keputusan menunjukkan bahawa keadilan organisasi mempunyai kesan pengaruh yang signifikan dengan politik organisasi dan kepimpinan berperanan sebagai perantara dalam hubungan antara keadilan organsasi dan politik organisasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Politik organisasi; Keadilan organisasi; Kepimpinan; Institusi kewangan Islam |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 14550 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 May 2020 01:59 |
Last Modified: | 05 May 2020 23:37 |
Repository Staff Only: item control page