Nor Hadibah Hushaini, and Zulkifli Osman, and Anida Sarudin, (2020) Pelaksanaan amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (1). pp. 1-13. ISSN 2180-4842
|
PDF
567kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) Bahasa Melayu di bilik darjah dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Kajian ini disandarkan kepada ATP berpusatkan murid yang dicadangkan oleh Zemelman (2012). Kajian ini penting kerana pelaksanaan ATP selaras dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah (2010). Namun, kajian-kajian lalu mendapati amalan terbaik pengajaran masih kurang diamalkan oleh guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah. Soal selidik digunakan bagi melihat tahap pelaksanaan ATP Bahasa Melayu dalam kalangan guru. 80 guru Bahasa Melayu yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak berstrata berkadar dilibatkan dalam kajian ini. Ujian statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ATP yang diamalkan guru berada pada tahap tafsiran min tinggi. Secara keseluruhannya, berdasarkan keempat-empat prinsip ATP, iaitu pengajaran berasaskan pengalaman murid, holistik, autentik dan pengajaran berasaskan cabaran, prinsip pengajaran berasaskan pengalaman murid dan holistik paling tinggi diamalkan, iaitu pada skor min 3.28. Implikasi kajian mendapati bahawa ATP dapat meningkatkan kualiti dan memberi impak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan terbaik pengajaran; Pengajaran berpusatkan murid; Tahap pelaksanaan amalan; Pengajaran Bahasa Melayu |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 14569 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 May 2020 02:48 |
Last Modified: | 07 May 2020 02:53 |
Repository Staff Only: item control page