Penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran penulisan Bahasa Melayu tingkatan tiga di sekolah menengah

Mohd Zikri Ihsan Mohamad Zabhi, and Shamsudin Othman, and Abdul Rasid Jamian, and Azhar Md Sabil, (2020) Penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran penulisan Bahasa Melayu tingkatan tiga di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (1). pp. 14-26. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
567kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran penulisan Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah menengah harian biasa kategori Kluster Kecemerlangan. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu kuasi eksperimen dan disokong pula dengan temu bual. Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan ke atas empat orang murid tingkatan 3 yang dipilih sebagai responden kajian. Hanya satu kumpulan sampel sahaja digunakan dalam menjalankan kajian ini. melalui sesi pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) yang dilakukan, murid telah diberi ujian pra sebelum diberikan rawatan. Data dikumpulkan daripada skor pencapaian pada latihan, ujian pra, dan ujian pasca. Perbandingan perbezaan purata skor bagi keempat-empat jenis jenis peta pemikiran, iaitu peta bulatan, peta buih, peta alir, dan peta pelbagai alir ditunjukkan dengan jadual. Dapatan kajian disokong dengan temu bual dan responden menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian skor penulisan ulasan dan karangan menggunakan peta pemikiran berbanding dengan skor pencapaian dalam ujian pra. Data juga dianalisis menggunakan ujian-t satu sampel dan ujian-t pengukuran berulangan. Keputusan ujian- t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara pencapaian penulisan Bahasa Melayu menggunakan peta pemikiran dalam ujian pasca dan ujian pra dengan nilai t=4.636 dan sig=0.019 (p>0.05). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan peta pemikiran berkesan dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu untuk murid tingkatan 3.

Item Type:Article
Keywords:Peta pemikiran; Pembelajaran; Penulisan; Ulasan; Karangan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14570
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 May 2020 02:53
Last Modified:07 May 2020 03:11

Repository Staff Only: item control page