Zamri Mahamod, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Shamsudin Othman, and Alizah Lambri, and Hadi Hassan, (2020) Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (1). pp. 27-36. ISSN 2180-4842
|
PDF
654kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap jati diri Bahasa Melayu dalam kalangan 50 orang warganegara Malaysia dalam pelbagai kaum. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia dalam sektor pendidikan. Setiap kaum merangkumi 10 orang sebagai responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah dalam pelbagai latar belakang sosial, pekerjaan, taraf pendapatan, kawasan bandar dan luar bandar merangkumi pelbagai aspek segenap rakyat Malaysia. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Instrumen dibangunkan oleh pengkaji yang mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu 0.73 Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap warganegara Malaysia yang mewakili pelbagai kaum tetap kekalkan jati diri Bahasa Melayu mereka. Tahap penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berada pada tahap masih kekal jati diri. Kaum Cina India, Bumiputera Sabah dan Sarawak paling kurang tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri Bahasa Melayu berbanding kaum yang lain dalam sektor pendidikan. Kaum Melayu pula merupakan kaum yang paling tinggi tahap jati diri Bahasa Melayu dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji. Implikasi kajian ini adalah penekanan kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam semua aktiviti seharian baik dari segi lisan dan tulisan bahasa Inggeris oleh pelbagai pihak, sedikit sebanyak mempengaruhi tahap jati diri Bahasa Melayu dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemahaman; Penghayatan; Pengamalan; Jati diri; Rakyat Malaysia |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 14571 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 May 2020 02:59 |
Last Modified: | 07 May 2020 03:09 |
Repository Staff Only: item control page